KEMBALI AKTIF – MIA SARA DEDAH ADA TAWARAN SURUH BUKA TUDUNG, MINTA HORMATI

Umum mengetahui pelakon Mia Sara Nasuha sudah mengenakan hijab sejak berusia 11 tahun lagi. Mia tidak menafikan tawaran yang datang kurang berbanding dulu dimana dia freehair.

Dalam masa sama, Mia, 16, turut mendedahkan masih ada pihak yang menawarkannya watak tidak mengenakan tudung. Pelakon ‘Salam Squad’ itu berkata, gara-gara tawaran sedemikian, dia terpaksa menolak banyak tawaran lakonan dengan cara baik hingga ada yang menyangka dirinya sudah tidak lagi aktif dalam industri seni.

“Tidak saya nafikan apabila mula mengenakan tudung, tawaran yang datang kurang berbanding dulu. Malah baru-baru ini ada tawaran yang meminta saya untuk buka tudung setelah diberitahu mengenai karektor watak yang ditawarkan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Banyak perkara sedemikian berlaku lebih-lebih lagi pada peringkat awal saya bertudung. Sebab itu jugalah saya banyak tolak tawaran lakonan.

“Jadi bila jarang muncul di kaca televisyen, ada yang ingat saya sudah tidak berlakon lagi. Apa pun, saya harap mereka menghormati keputusan saya yang berhijab. Saya pakai tudung pun bukanlah atas paksaan mana-mana pihak,” katanya.

Bintang remaja ini yang kembali aktif dalam bidang seni lebih setahun lalu itu juga optimis kerjasamanya bersama De’Xandra Youth mampu membuka peluang lebih besar bagi dirinya selepas ini.

Image_3.jpg

“Saya gemar teroka dan cuba dunia baru. Semoga projek bersama De’Xandra ini dapat buka mata dan secara tak langsung memberitahu semua bahawa saya masih ada dalam industri.

“Malah, pihak mereka juga sudah merancang pelbagai perkara, misalnya menghasilkan muzik video dan sebagainya. Jadi itu antara sebab yang memanggil saya untuk bersama-sama selebriti lain terlibat dalam projek ini.

“Tidaklah orang kata saya hanya berlakon sahaja. Tapi juga ada perkara lain yang saya lakukan,” ujarnya yang turut aktif memuat naik video di YouTube.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker