Pemain Singapura perkuat skuad Hijau Kuning


Kredit: FB Kedah Darul Aman FC

09/01/2021 08:49 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Teka teki berhubung pemain import bakal mengisi kuota pemain ASEAN pasukan bola sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) akhirnya terjawab selepas pemain antarabangsa Singapura, M Anumanthan sah menyertai skuad Hijau Kuning bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan KDA FC menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebooknya hari ini yang mendedahkan bekas pemain kelab Hougang United itu telah menandatangani kontrak selama setahun bersama pasukan tersebut.



Pemain berusia 26 tahun itu menggantikan tempat seorang lagi rakan senegaranya, Muhammad Shakir Hamzah yang tidak disambung kontrak oleh KDA FC. Muhammad Shakir menyertai Perak bagi saingan Liga-M 2021.

β€œKebolehan beraksi di beberapa posisi penting telah menarik minat barisan kejurulatihan KDA FC untuk mendapatkannya.

Selain mempunyai fizikal tubuh badan yang tinggi, pengalaman pernah bersama (jurulatih KDA FC) Aidil Sharin (Sahak) di Home United sebelum ini akan membentuk persefahaman yang baik untuk musim 2021,” menurut KDA FC.

Anumanthan pernah berada di bawah bimbingan Aidil Sharin ketika mewakili Home United dalam saingan Liga Singapura dari 2016 hingga 2018.



KDA FC sebelum ini memutuskan mengekalkan khidmat tiga pemain import sedia ada iaitu pemain pertahanan dari Brazil Renan Alves, Kpah Sherman (Liberia), Brice Hermann TchΓ©tchΓ© KiprΓ© (Ivory Coast) serta mendapatkan khidmat bekas penyerang import UiTM FC, Rabih Ataya dari Lubnan bagi mengisi slot pemain Asia.

Kedah yang merupakan naib juara Liga Super pada musim lepas, bakal memulakan kempen Liga-M 2021 menentang juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim pada perlawanan Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 26 Feb ini.

Skuad Kedah ke Langkawi perkuat pasukan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker