PERNAH ADA ISU – AZWAN ALI AKUI DIA & OGY SUDAH BERTEGUR SAPA

“Harus dijelaskan bahawa saya dan Ogy walau pernah terkait dengan kes saman-menyaman, itu adalah kisah lama. Sejak kebelakangan ini apabila berjumpa kami sudah mula bertegur sapa. Hakikatnya, saya dah Ogy tiada masalah.

“Saya nak penonton dan peminat tahu,” kata selebriti serba boleh, Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA yang mengakui sudah mula bertegur sapa dengan seniwati, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Azwan yang juga pengacara program Lagu Cinta Kita 2 (LCK 2) berkata, apa yang boleh diperkatakan adalah hubungan dengan Ogy sudah tidak ada lagi masalah.

“Harus dijelaskan bahawa saya dan Ogy walau pernah terkait dengan kes saman-menyaman, itu adalah kisah lama. Sejak kebelakangan ini apabila berjumpa kami sudah mula bertegur sapa. Hakikatnya, saya dah Ogy tiada masalah. Saya nak penonton dan peminat tahu,” tuturnya.

Untuk makluman, hubungan kedua-dua selebriti itu tidak lama dahulu pernah bermasalah hingga membabitkan kes saman. Menurut Azwan, dia dan Ogy juga sama-sama terbabit dalam drama bersiri itu, namun belum bertemu kerana tiada babak bersama buat masa ini.

“Kalau dapat babak dengan Ogy, ia adalah satu rezeki tengok kami berlakon bersama. Tengok Azwan Ali dengan Ogy dalam satu scene bertumbuk ke, tarik rambut ke,” selorohnya.

DAPAT JOB DENGAN DSV – AZWAN ALI TANYA PENDAPAT, NETIZEN MINTA TERIMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker