Raja Istana Yogyakarta enggan lepas tanah milik Istana

Raja Istana Yogyakarta enggan lepas tanah milik Istana

Raja Istana Yogyakarta enggan lepas tanah milik Istana
SRI SULTAN HAMENGKUBUWONO X

JAKARTA: Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta serta Raja Istana Yogyakarta, Sri Sultan Hamengkubuwono X bertegas tidak akan melepaskan Tanah Kesultanan untuk melaksanakan projek tol di wilayah itu.

Beliau menerima jika tanah itu digunakan atau dijalankan projek jalan tol melalui sistem sewaan pada harga rendah atau tidak dibayar langsung, tetapi mahu pihak istana kekal sebagai pemilik tanah berkenaan.

“Ya, kalau dilepaskan, sudah tiada lagi tanah kepunyaan istana (Sultan Ground atau SG), itu juga sebahagian daripada hak keistimewaan. Jika istana sudah tiada tanah bagaimana?



“Sebenarnya tidak mengapa jika mereka tidak membayarnya. Itu untuk kemudahan awam, tetapi yang penting bagi saya status tanah itu tidak hilang,” titahnya.

Menurut CNN Indonesia, sebelum ini terdapat perbincangan mengenai kemungkinan menggunakan tanah istana dan tanah khazanah kampung oleh badan pengurusan jalan tol secara sistem pajakan di wilayah itu.

Sultan mendakwa pihaknya belum menentukan jumlah bayaran penggunaan tanah SG bagi projek jalan tol itu manakala keluasan tanah berdasarkan pengiraan Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam (PUPR) dan pengumpulan data juga masih tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Draf perjanjian sewa tanah atau kesepakatan sistem hak pakai melalui persetujuan pihak berkaitan SG dan tanah khazanah kampung untuk jalan tol berkenaan dibentang oleh Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia.



Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

Raja Istana Yogyakarta enggan lepas tanah milik Istana

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker