DITUDUH MEMPERDAGANGKAN AGAMA – ZARA ZYA LUAH KECEWA

Mula mengenakan hijab sejak bulan September lalu, pelakon dan usahawan Zara Zya meluahkan rasa kecewa dengan segelintir netizen yang menuduhnya memperdagangkan agama apabila dia memulakan kembali perniagaan tudungnya.

 

“Adakah media sosial sekarang dijadikan sebagai platform untuk menilai dan memberi persepsi kepada orang lain? Lately, saya selalu dapat DM yang menilai dan menghentam diri saya.



“Sampaikan ada netizen yang komen saya memperdagangkan agama antara kehidupan peribadi dan business tudung yang saya buat,” tulis Zara yang meluahkan isi hatinya tentang perkara tersebut dalam satu entri di Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar

Menurut Zara, dis sudah memulakan perniagaan menjual tudung sejak tahun 2015 lagi, dan perniagaan itu dimulakan kembali dengan nafas baru yang lebih segar.



“Yang penting, kehidupan peribadi saya sekarang adalah fokus untuk berubah ke arah yang lebih baik tanpa melibatkan dunia business dan pihak lain. Apa pun saya mohon maaf atas kekurangan dan kekhilafan diri saya ye,” jawap Zara kepada mereka yang melemparkan tohmahan.

Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia pernah bertunang dengan pelakon Hafreez Adam tetapi mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan tersebut selepas sebulan bertunang.

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zara Zya

ABPBH cipta sejarah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button