“SATU-SATUNYA ANAK SAYA… USAHA 4 TAHUN” – FIZO MOHON PATUHI SOP, JANGAN PENTING DIRI

“Daddy tau anak daddy kuat! Hari ni, 8 Januari 2021 hari yang kelima Maryam admitted disebabkan jangkitan virus Covid-19. Alhamdulillah sekarang ni keadaan Maryam ok dan aktif seperti biasa.

“Harapnya antibodi dia kuat dan tak mengalami simptom Covid yang saya tahu melalui penyelidikan dan pengalaman mereka yang dah lalui memang sakit dan sangat perit sehingga boleh meragut nyawa.

“Sebagai ayah, inilah satu-satunya anak yang saya ada dan macam-macam usaha dilakukan selama 4 tahun sabar menanti kelahiran anak yang hebat ni. Susah saya nak gambarkan perasaan seorang ayah yang menanti setiap detik keadaan anak di hospital yang sedang bertarung dengan Covid.

“Ayah sanggup buat apa sahaja demi anak, tapi disebabkan Covid, apa pun tak boleh buat, nak pergi tengok, nak jumpa, nak bagi semangat. Semuanya tak boleh dan hanya mampu berdoa dan berharap semoga Maryam kuat dan Allah sembuhkannya dan kembali ke pangkuan daddy.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Hanya video call sahaja dapat melepaskan rindu dan kerisauan, tapi di sebaliknya timbul satu perasaan sediih bila Maryam yang masih kecil belum tahu erti bahayanya Covid, menangis, meronta ronta untuk nak keluar dari hospital, nak balik rumah, nak jumpa daddy, nak pergi bercuti, nak pergi taman permainan, nak main dengan daddy dan macam-macam lagi,” demikianlah tulis pelakon dan pengacara, usahawan Fizo Omar, 35, menerusi laman Instagram miliknya.

Semua sedia maklum mengenai keadaan bekas isteri Fizo iaitu Mawar Karim dan anak tunggalnya, Wan Maryam yang kini sedang menjalani rawatan selepas disahkan positif Covid-19 sejak 1 Januari lalu.

Melihat pada entri tersebut, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar dilihat tidak mampu mengungkapkan perasaan selepas anak perempuannya yang berusia tiga tahun positif wabak itu.

Image_3.jpg

Menurut Fizo, Maryam satu-satunya anak yang dia ada selepas empat tahun menanti. Katanya, dia hanya mampu berdoa dan berharap agar Maryam terus kuat untuk berlawan dengan virus merbahaya itu.

Pandemik Covid-19 kini makin mengganas, dek kerana itu, pelakon drama ‘Adellea Sofea’ini berharap agar orang dewasa boleh berfikir dengan waras serta tidak mementingkan diri sendiri kerana pandemik Covid-19 makin mengganas.

Tegas anak kelahiran negeri Kelantan ini, tidak perlu untuk menunggu diri sendiri atau ahli keluarga terdekat dijangkiti baru nak sedar betapa bahaya wabak tersebut.

Image_4.jpg

“Mungkin korang tak rasa apa yang saya rasa. Jadi kita dah dewasa ni dan boleh berfikir, sampai bila kita nak hidup dengan keadaan macam ni, kes makin hari makin meningkat, SOP entah ke mana, keluar sana sini macam dah tak ada apa dah. Tak perlu lah sampai kena pada diri sendiri atau keluarga barulah semua nak berjaga-jaga dan ambil berat pasal Covid ni.

“Jangan pentingkan diri!! Frontliners kerja siang malam tanpa rehat dah hampir setahun, ambil risiko yang sangat tinggi, kes makin naik, hospital penuh, ambulan sampai tak cukup, wang ringgit tak payah cakap lah berapa dah habis, tapi masih ada lagi yang jenis tak peduli, sebab apa, sebab tak kena kat batang hidung sendiri.

“Semoga doa yang ikhlas dari semua ni Allah makbulkan dan hapuskan lah musibah yang melanda kita semua dan selamatkan lah Wan Maryam dan semua pesakit yang sedang bertarung dengan Covid-19 ni Ya Allah. Ameen YRA,” katanya lagi.

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Leave a Reply