SERING TERIMA HENTAMAN – MICHAEL ANG KESAL MENGAKU DIRINYA MUALAF

“Lebih baik orang ramai tidak tahu saya mualaf. Saya lihat netizen suka menghakimi. Apa saya buat semua salah. Ada antaranya, tidak salah pun atau tidak sengaja, tetap diadili. Contohnya, ada yang bertanya, saya sudah solat atau tidak.

“Saya tetap dengan pendirian tidak memuat naik atau berkongsi video sedang solat atau sebarang aktiviti keagamaan sekalipun, biarlah saya dengan Allah,” ujar pengarah, penerbit dan pelakon Michael Ang.

Menurut Michael atau lebih mesra disapa Mike, dia berasa kesal dalam keterbukaan mengaku dirinya mualaf kerana pendedahan tersebut telah mengundang pelbagai persepsi netizen termasuk komen berbaur negatif.

Michael, 44, mengaku timbul rasa kesal mengumumkan dirinya sudah memeluk Islam apabila setiap perlakuan terutama di laman sosial, diperkatakan sejak lebih setahun lalu. Michael mendakwa netizen suka menghakimi perbuatannya dan tidak kurang juga mempersoalkan amalan dirinya sebagai mualaf.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Pengarah drama ‘Perempuan TanpaDosa’itu memberi contoh, pelakon Uqasha Senrose pernah memuat naik video memaparkan dirinya sedang menunaikan solat di lokasi penggambaran. Michael tidak menafikan disebabkan provokasi netizen, dia terdetik berkongsi soal amal ibadatnya.

“Apa yang berlaku, saya dihentam… Netizen kata saya menunjuk-nunjuk. Saya ada terfikir memuat naik foto sedang solat. Tetapi apabila difikir semula, untuk apa? Itu bukan cara saya. Tak kisahlah apa orang nak cakap, saya akan teruskan dengan cara saya,” katanya.

Michael yang memeluk Islam pada 2018, mengaku dirinya mualaf pada April tahun lalu apabila kad pengesahan agamanya tular. Michael berkata, dia melengahkan pengakuan sudah memeluk Islam kerana enggan orang ramai menganggap tindakan itu sebagai tiket meraih populariti.



Image_3.jpg

“Walaupun saya seorang mualaf, ia bukanlah tiket atau laluan saya untuk menembusi pasaran Melayu. Kalau boleh tengok laman sosial saya, saya tidak pernah memuat naik video yang menyentuh soal agama.

“Cuma, baru-baru ini, saya muat naik video mempersoalkan kenapa ustaz yang lahir dari program realiti terlalu cepat menghukum artis. Sebaliknya, apabila rakan-rakan mereka terpalit dengan kontroversi, selepas dua atau tiga minggu, barulah bersuara,” tuturnya.

Michael menjelaskan niatnya hanya berkongsi pandangan bahawa ustaz perlu belajar cara bercakap agar orang ramai mencintai Islam, bukannya membenci atau takut dengan Islam.

Dalam perkembangan lain, Michael yang menjayakan rakaman program Melodi Xtra, di Sri Pentas, baru-baru ini, tampil dengan drama rantaian, The Maid yang mula disiarkan di Astro Ria sejak Rabu lalu. Selain itu, drama dihasilkannya yang bakal ditayangkan adalah ‘Love Elsa’ dan ‘Marry Me Senorita’.

MICHAEL ANG & NORANIZA IDRIS TAMPIL MOHON MAAF BERSAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker