Banjir di Perak pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup

11/01/2021 11:10 AM

IPOH, 11 Jan — Banjir yang melanda Perak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak ditutup 9 pagi ini.

Pengerusi Bencana Daerah Hilir Perak Mohd Hizaz Mohd Ibrahim berkata semua 44 mangsa di PPS berkenaan yang dibuka sejak 4 Jan lepas, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan di kawasan terjejas beransur pulih.

“Terima kasih kepada agensi kerajaan, tok penghulu, individu, NGO dan semua pihak yang bertungkus lumus membantu serta menyelaras selia PPS dengan terbaik sepanjang beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker