Polis tahan 5,791 individu, rampas dadah

Oleh – Syeikh Baran


Polis tahan 5,791 individu, rampas dadah
mereka yang ditahan berumur lingkungan 14 hingga 80 tahun.

Polis menahan seramai 5,791 individu termasuk tiga pelajar atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah dalam Operasi Tapis Khas sepanjang tiga hari yang bermula pada Isnin lalu di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata operasi membabitkan lebih 2,200 pegawai dan anggota jabatan itu turut merampas sejumlah 128.3 kilogram serta lebih 16,000 liter pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM610,071.39.

tindakan pencegahan.



“Mereka yang ditahan antaranya tokan (534 orang termasuk seorang pelajar), penagih (3,226 orang termasuk empat penjawat awam dan dua pelajar), orang yang dikehendaki (247 orang) dan kesalahan-kesalahan lain iaitu 1,784 orang termasuk empat penjawat awam,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, pihaknya turut menyita pelbagai aset berjumlah RM934,972.31 termasuk wang tunai RM34,872.31 serta kenderaan bernilai RM876,500 dan barangan kemas RM18,600 selain jam tangan bernilai RM5,000.

Beliau berkata nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan bernilai RM1.55 juta.

“JSJN terus berusaha membanteras kegiatan penyalahgunaan serta pengedaran dadah dan berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan ini yang berlaku di sekeliling mereka. Maklumat boleh disalurkan melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222,” katanya. – BERNAMA



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker