Hujan lebat berterusan, lima kampung di Kudat ditenggelami air

11/01/2021 11:56 AM

KOTA KINABALU, 11 Jan — Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan lima kampung di Kudat ditenggelami air sejak pagi tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini, kampung yang terlibat ialah Kampung Landung Ayang, Kampung Sri Aman, Kampung Air, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Dampirit.

Hujan lebat itu turut menjejaskan beberapa batang jalan utama di daerah berkenaan, iaitu Jalan Tamalang, Jalan Airport dan jalan menuju ke pusat bandar yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil, selain berlaku pokok tumbang dan tanah runtuh.



“Pemantauan dibuat oleh beberapa agensi termasuk bomba, polis dan APM Kudat mendapati paras air semakin meningkat. Anggota bertugas memberi khidmat nasihat kepada penduduk kampung agar peka dengan keadaan cuaca dan paras air, selain segera berpindah ke kawasan selamat.

“Setakat ini, seramai 44 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara yang dibuka di Sekolah Kebangsaan Tun Mustapha,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut APM, paras air Sungai Rampai di Kampung Korina setakat 9.30 pagi tadi ialah 2.0 meter iaitu paras amaran.

Beberapa kawasan di Raub dinaiki air akibat hujan berterusan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker