KKM, Pfizer meterai perjanjian keluar dan bekal vaksin COVID-19 di Malaysia

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang mewakili kerajaan Malaysia menunjukkan dokumen perjanjian pembuatan dan pembekalan vaksin Pfizer COVID-19 kepada Pengurus Negara Pfizer Malaysia dan Brunei, Luksanawan Thangpaibool (skrin) selepas menandatanganinya melalui sidang video di Kementerian Kesihatan hari ini. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

 

11/01/2021 12:36 PM

PUTRAJAYA, 11 Jan — Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan, hari ini memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd bagi mengeluarkan dan membekalkan vaksin COVID-19 Pfizer di negara ini.

Perjanjian itu merupakan lanjutan kepada perjanjian “Binding Heads of Terms” (perjanjian awal untuk mengikat terma-terma) yang ditandatangani pada 24 Nov lalu.



Perjanjian dimeterai secara telesidang oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang mewakili kerajaan Malaysia dan Pengurus Negara Pfizer (Malaysia dan Brunei) Luksanawan Thangpaibool bagi pihak Pfizer. Perjanjian disaksikan oleh Ketua Pasaran Baru Muncul Asia Pfizer Anil Argilla.

Berucap pada majlis itu, Dr Adham berkata kerajaan Malaysia menghargai sokongan yang diberi oleh Pfizer dan berharap bekalan vaksin akan tiba di negara ini lebih awal daripada jangkaan.

Argilla pula berkata Pfizer komited untuk memastikan bukan sahaja akses kepada vaksin tetapi juga bekerja bersama bagi mengakhiri pandemik.

“Ini merupakan satu langkah ke depan yang memberikan keupayaan untuk mengawal dan juga kemungkinan menamatkan terus penularan pandemik ini di Malaysia,” katanya.



Pfizer, Biontech tunggu kelulusan EU untuk vaksin COVID-19

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button