MAJLIS RESEPSI NABIL MAHIR & AYDA JEBAT DI LANGKAWI TERPAKSA DIBATALKAN

“9.1.21 sepatutnya tarikh respsi belah saya di Langkawi. Persiapan bermula selepas pertunangan dan semuanya dah sedia. Surprise untuk Mama pun ada.

“Tapi memandangkan kes sangat tinggi, kami sekeluarga buat keputusan untuk membatalkan majlis tersebut untuk keselamatan tetamu dan keluarga. Asal buat yang wajib, kita dah happy!” katanya.

“Redha di atas apa yang berlaku, Nabil berkata sebagai hambaNya kita hanya mampu merancang namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.

“Kita boleh plan. Tapi Allah lagi mengetahui. Redha dan InsyaAllah Allah berikan yang lebih baik,” demikianlah tulis pengacara Nabil Mahir menerusi satu muat naik di laman Instagrm miliknya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Berikutan peningkatan kes Covid-19, suami kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat itu memaklumkan dia dan keluarga terpaksa membatalkan majlis resepsi sebelah pengantin lelaki yang sepatutnya diadakan di Langkawi, Kedah.

Nabil berkata majlis tersebut dijadualkan berlangsung pada 9 Januari lalu, namun dibatalkan demi keselamatan keluarga dan para tetamu.

Untuk makluman, Nabil dan Ayda selamat diijabkabulkan dengan dengan sekali lafaz dalam majlis serba sederhana di Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

PERSIAPAN KAHWIN LEBIH 50 PERATUS – AYDA JEBAT MOHON DOAKAN LANCAR

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker