“MEREKA RASA BIASA JADIKAN FIZIKAL SEBAGAI HIBURAN, SICK!!” – QUE HAIDAR
“Baca komen-komen mereka buat saya mual. Perkara macam inilah yang buat saya rasa jijik. Kata-kata manusia yang sibuk menghitung kelainan orang lain, menjadikan ianya normal tanpa sedar mereka menunjukkan macam mana didikkan parents mereka.
“Mereka rasa ianya biasa, menjadikan fizikal sesama kita sebagai hiburan, SICK!!,” demikian tulis pelakon Que Haidar yang meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang seolah-olah tidak beradab ketika cuba memberikan komen dan pandangan mereka di media sosial.
Menurut suami kepada Linda Jasmine, lebih menyedihkan apabila komen tersebut menyentuh hal mengaitkan fizikal seseorang untuk dijadikan sebagai bahan jenaka. Dalam entri berkenaan, Que turut berkongsi beberapa paparan tangkap layar (screeshot) seorang wanita yang menerima komen berbaur hinaan ketika cuba melakukan video solekan.
Jelas bapa dua cahaya mata perempuan itu lagi, tindakan mereka sedemikian kemungkinan boleh terjadi apabila dipengaruhi dengan apa yang dipertontonkan mereka di televisyen. Justeru katanya, sebagai penggiat seni, hal sebegini jugalah yang perlu ditekankan dalam memastikan hal berkaitan body shaming tidak dijadikan sebagai satu kebiasaan dalam memberi hiburan kepada orang ramai.
Klik untuk gambar besar
“Apa-apa yang berbentuk body shaming, racist memang tak patut kita normalkan. Antara penyumbang untuk mereka rasa perkara ini ok bila mereka tonton perkara ini dikaca TV/rancangan hiburan.
“Jadi tanggungjawab kita besar dengan pengaruh yang kita ada, hidangkanlah pengaruh yang baik-baik. Kita sesama kita hanya perlu jadi lebih baik. Kita tak perlu untuk ke Universiti untuk belajar lebih beradab. Untuk adik ni, abang doakan semoga awak terus berjaya dalam apa-apa pun yang awak buat. InsyAllah ramai yang sokong awak,” katanya lagi.
Terdahulu, video solekan seorang wanita cuba melakukan tutorial solekan menjadi bahan jenaka segelintir netizen apabila cuba mempersendakan bentuk fizikal.
NETIZEN TAK SENANG LIHAT KERJASAMA DENGAN ALI – AZHAN RANI TAMPIL TEGUR