PRODUKSI ENGGAN INSIDEN TAHUN LALU BERULANG – WAJIBKAN FINALIS AJL35 ‘SIGN’ SURAT PENJANJIAN

Semua mengetahui mengenai Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) tahun lalu yang sebelum ini hangat diperkatakan berhubung persembahan penyanyi yang bertanding. Ramai yang mengkritik persembahan Aina Abdul dan Drama Band.

Persembahan Drama Band menerusi lagu ‘Drama’ mencetuskan kontroversi apabila konsep yang diketengahkan mereka, cynical parody dengan menggunakan pelbagai karakter figura terkenal menerima kecaman hebat netizen.

Selain itu, penampilan Aina Abdul menerusi lagu ‘Sumpah’ juga menerima kritikan apabila busananya pada malam itu disifatkan seolah-olah memberikan gambaran bunuh diri.

Enggan insiden yang ‘mencemari’ penganjuran AJL edisi tahun lalu berulang kembali, pihak produksi AJL35 telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mewajibkan setiap finalis AJL35 menandantanggani satu surat perjanjian.

Menurut Penerbit Eksekutif AJL35, Nurhul Huda Khalid, langkah itu terpaksa diambil bagi memastikan kesemua finalis memahami dan mengikuti segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak produksi.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Untuk penganjuran kali ini, pihak kami telah mengambil langkah berjaga-jaga yang mana kesemua 12 finalis akan diminta menandatanggani surat perjanjian yang mana memberikan garis panduan untuk persembahan mereka nanti.

“Surat yang dibuat pasukan legal (guaman) TV3 itu bagi memastikan setiap penyanyi yang bertanding tahu apa yang boleh dan tidak boleh dibuat mereka untuk persembahan pada malam itu nanti.

“Elemen yang tidak boleh ditunjukkan dalam persembahan mereka antaranya seperti isu politik, keganasan serta pakaian yang digayakan juga tidak boleh terlalu seksi dan menghairahkan,” katanya.

Nurhul Huda juga menambah, penyanyi yang bertanding juga perlu menunjukkan persembahan penuh mereka dalam sesi latihan raptai dan tidak boleh melakukan sebarang kejutan yang tidak diketahui oleh pihak produksi.

Image_3.jpg

“Macam tahun lalu, pihak kami memang tidak tahu akan ada elemen kejutan dan gimik seperti yang dibuat oleh sebuah kumpulan. Memang mereka tidak tunjukkan elemen tersebut pada sesi raptai penuh.

“Jadi untuk tahun ini, finalis yang bertanding perlu menunjukkan kesemua elemen yang akan dimasukkan dalam persembahan mereka agar tidak akan mencetuskan kontroversi seperti tahun lalu,” ujarnya.

Pada 7 Februari ini, AJL35 akan bersiaran langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, pukul 9 malam menerusi TV3. Anugerah berprestij itu akan dihoskan oleh trio pengacara iaitu Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Sebanyak 12 lagu akan bertanding iaitu ‘Semalam’ nyanyian Aina Abdul, ‘7 Nasihat’ (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), ‘Belenggu Rindu’ (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), ‘Peluang Kedua’ (Nabila Razali), ‘Hati’ (Hael Husaini), ‘Hutang’ (Floor 88), ‘Gila’ (Kaka Azraff, Noki, Loca B), ‘Eh’ (Zizi Kirana), ‘Kau Sakiti’ (Amir Masdi), ‘Jangan Khianati Aku’ (Azlan & The Typewriter), ‘Gundah’ (Ernie Zakri) dan ‘Aku Bidadari Syurgamu’ (Aishah).

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker