VIDEO MENANGIS ‘DIGARI’ – SAJAT DAKWA DIKHIANATI, NAFI DITAHAN DIBAWAH SEKSYEN 10 (B)

“Masa bilalah saya kena tangkap, tak baik cakap macam tu. Panjang cerita, orang cuba nak khianat kita. Tapi okaylah kan…? Elok je saya ada dekat sini ha… Kalau kena tangkap dah lama dekat dalam sayang oi. Merepak jelah. Elok je Sajat dalam ni? Nampak tak?

“Yang bercakap ni apa? Hantu? Tak kan yang cakap ni hantu kot…,” ujar usahawan kosmetik, Sajat yang tampil menjelaskan sepotong video yang merakamkan dirinya yang sedang menangis sambil menunjukkan tangan bergari tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi IG Live menggunakan akaun @Nursajatgold02, Sajat turut mendakwa telah dikhianati. Sajat dalam masa sama menafikan ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah seksyen 10 (B) kerana berpakaian wanita dan menghina agama Islam seperti yang tular dimedia sosial.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Elok je saya ada dekat sini ha… Kalau kena tangkap dah lama dekat dalam sayang oi. Merepak jelah. Elok je Sajat dalam ni? Nampak tak? Yang bercakap ni apa? Hantu? Tak kan yang cakap ni hantu kot…,” katanya lagi.

Ditanya mengenai akaun diri dan juga temannya Jados yang dikatakan ‘hilang’, Sajat secara ringkas memberitahu, mereka kini berehat seketika daripada media sosial.

“Kitaorang berehat sekejap daripada dunia media sosial. Just fokus dalam bisnes sahaja,” tuturnya yang turut berkongsi dua anak angkatnya turut berada dalam keadaan sihat.

Image_3.jpg

Pada Rabu lalu, tular dimediasosial sepotong video usahawan komestik popular tersebut yang sedang menangis sambil menunjukkan tangan bergari.

Dalam video yang dirakamkan oleh pemilik akaun TikTok @rudyaj01 Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dilihat berbaju biru dan bercermin mata sedang menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh seorang individu di sisinya.

Serentak dengan itu timbul spekulasi termasuk yang mendakwa Nur Sajat ditangkap oleh JAIS untuk membantu siasatan kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 10 (B), enakmen jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Image_4.jpg

“KAN ELOK CARI KERJA FAEDAH… DARI DUK MENGKHINZIR KAN ORANG…” – EZAD LAZIM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker