FGV bayar balik yuran pengambilan pekerja migran berjumlah RM72.2 juta

FGV bayar balik yuran pengambilan pekerja migran berjumlah RM72.2 juta

FGV bayar balik yuran pengambilan pekerja migran berjumlah RM72.2 juta
Bangunan FGV Holdings Berhad (FGV).

Kuala Lumpur: FGV Holdings Bhd (FGV) telah membayar balik yuran pengambilan berjumlah RM72.2 juta kepada 19,673 pekerja migrannya dalam usaha menangani Perintah Pelepasan Penahanan (WRO) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP).

Dalam kenyataannya di laman sesawang rasmi hari ini, syarikat perladangan itu berkata telah memperuntukkan sejumlah RM112 juta untuk membuat bayaran balik yuran pengambilan kepada semua pekerja migran sedia ada, termasuk bekas pekerja.

Pembayaran itu dilaksanakan dalam tiga peringkat masing-masing pada Mac, Jun dan September 2023.



FGV turut menegaskan telah memberi keutamaan kepada pelaksanaan pelan pemulihan bagi mendukung hak pekerja serta membuat segala penambahbaikan dalam amalan pengurusan pekerja.

“Malah, antara komponen utama dalam pelan pemulihan FGV adalah program pembayaran balik yuran pengambilan pekerja yang dikenakan oleh pihak ketiga ke atas pekerja-pekerja migran syarikat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :



LRQA melaksanakan prosedur pengesahan itu antara 30 Oktober dan 24 November 2023 yang menunjukkan 100 peratus pekerja ditemubual telah menerima pembayaran balik oleh FGV.

Maklum balas positif daripada pengesahan LRQA juga jelas mencerminkan komitmen FGV dalam menjaga kebajikan dan hak pekerja manakala bekas pekerja migran FGV yang layak turut menerima pampasan bagi yuran pengambilan pekerjaan.



“Menerusi kerjasama LRQA, FGV sedang bekerja keras menghubungi semula bekas-bekas pekerja migrannya untuk memaklumkan mengenai program pembayaran balik.

“Hebahan mengenainya turut disiarkan secara berkala di media sosial serta akhbar-akhbar tempatan terkemuka di negara asal bekas pekerja migran,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ketukan Misteri Tengah Malam Muncul Kembali




Menurut FGV, usaha-usaha pembayaran balik bekas pekerja migran FGV akan dijalankan sehingga penghujung 2024 dan setakat ini syarikat itu telah membayar pampasan kepada 415 orang bekas perkerja migran dengan jumlah terkumpul sebanyak RM1.77 juta.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Nazrul Mansor berkata FGV komited terhadap prinsip ‘tiada yuran pengambilan dikenakan kepada pekerja FGV.’

“Kami telah berusaha untuk memastikan prosedur pengambilan pekerja syarikat adalah selari dengan piawaian amalan pengambilan pekerja beretika,” katanya.

Pada masa sama, FGV telah memperkukuh prosedur-prosedur pengambilan pekerja migran dengan pelaksanaan langkah-langkah tambahan, termasuk menugaskan LRQA membuat kaji selidik dalam kalangan pekerja migran baharu untuk memastikan mereka tidak membuat sebarang bayaran pengambilan kerja kepada mana-mana pihak.



Selain itu, perjanjian terkini FGV dengan agensi-agensi pekerjaan yang dilantik juga menyatakan tanggungjawab mereka untuk mengembalikan sebarang bayaran yuran pengambilan pekerja yang telah dilaporkan oleh pekerja-pekerja migran dan semua pemulangan oleh agensi-agensi berkenaan akan disemak oleh LRQA.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya


Malah, latar belakang agensi-agensi pekerjaan akan disiasat sebelum pelantikan oleh FGV dan agensi itu juga diwajibkan menjalani proses penilaian dan program naik taraf kendalian LRQA bagi memastikan pematuhan amalan pengambilan pekerja yang beretika, katanya.



FGV percaya bahawa inisiatif-inisiatif serta langkah-langkah ini akan memperkukuh amalan pengurusan pekerjanya, sejajar dengan usaha-usaha menamatkan WRO.

“LRQA dijangka menjalankan penilaian lanjut pada suku pertama 2024 bagi menilai pelaksanaan keseluruhan perancangan pemulihan FGV.

“Sekiranya penilaian tersebut mendapati perancangan pemulihan berjalan lancar, FGV akan menghantar petisyen kepada CBP bagi menamatkan WRO yang dijangka pada suku kedua 2024,” kata syarikat itu.

FGV bayar balik yuran pengambilan pekerja migran berjumlah RM72.2 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button