Filipina sasar mulakan program vaksin pada Februari

11/01/2021 05:26 PM

JAKARTA, 11 Jan — Filipina dijangka memulakan program vaksinasi COVID-19 pada bulan depan melalui kemudahan COVAX, platform global yang dibentuk untuk memastikan golongan paling memerlukan mendapat akses kepada vaksin.

“Permohonan untuk senarai kelayakan akan dibuat pada 18 Januari. Jika diluluskan atau kami disenaraikan, mungkin akan ada penyerahan sama ada vaksin Pfizer atau AstraZeneca,” kata penasihat kepada presiden Carlito Galvez Jr. memetik akhbar Phil Star, lapor Agensi Anadolu pada Isnin.

Di bawah inisiatif yang diterajui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap negara akan mendapat dos vaksin untuk 20 peratus penduduk pada fasa awal.

Dua pengeluar vaksin COVID-19 Pfizer dan AstraZeneca dari Oxford juga telah meminta persetujuan untuk melancarkan program vaksin di Filipina, setakat ini belum ada sebarang kelulusan.

Sementara itu pada Sabtu Filipina turut memeterai perjanjian dengan Institut Serum India dan Faberco Life Sciences, Inc. untuk mendapatkan 30 juta dos vaksin COVID-19 Covovax.

Galvez mengatakan Filipina akan mendapatkan 30 hingga 40 juta dos vaksin dari Novavax yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan bakal dibangunkan bersama dengan Institut Serum India.

Vaksin itu sedang menjalani percubaan klinikal fasa tiga, di United Kingdom, AS dan Mexico.

Wanita Indonesia disyaki rancang serangan nekad di selatan Filipina ditahan tentera

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker