SPRM tahan pemilik syarikat

Oleh – Syeikh Baran


SPRM tahan pemilik syarikat
GAMBAR HIASAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan pemilik syarikat kerana disyaki menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi tujuan memperdayakan dan mendapatkan wang bernilai kira-kira RM20,000 untuk pembekalan televisyen.

Suspek dikatakan mendapatkan wang berkenaan bagi membekalkan sebanyak enam unit televisyen 65 inci sedangkan hanya empat unit yang dibekalkan.
 

Menurut sumber suspek lelaki yang berusia 30-an dipercayai ditahan kira-kira jam 4.30 petang, hari ini di pejabat SPRM Pulau Pinang ketika diminta hadir bagi memberi keterangan.



Suspek yang juga merupakan seorang pemilik syarikat dipercayai melakukan kesalahan itu pada tahun 2023

“Suspek mengemukakan sebut harga dan pembekalan yang mengandungi butir matan palsu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah kebangsaan di Balik Pulau, di sini.

“Jumlah pembekalan yang tidak dilaksanakan iaitu sebanyak dua unit televisyen adalah sekitar RM5,600,” menurut sumber.

Sementara itu, Timbalan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.



Katanya, suspek ditahan bagi tujuan rakaman pernyataan serta pengumpulan keterangan dan akan dilepaskan dengan jaminan SPRM dalam tempoh 24 jam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

SUMBER – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading