Gajah liar dengan 40 luka tembakan mati

11/01/2021 09:07 PM

BANGKOK, 11 Jan — Seekor gajah liar dengan lebih 40 luka tembakan dan sedang dirawat di Taman Negara Kui Buri di Prachuap Khiri Khan mati pada Ahad.

Ketua Taman Negara Kui Buri, Suporn Pholphan, berkata gajah liar itu ditemui di kampung Tha Wang Hin di daerah Pran Buri pada 10 Disember dan dirawat di taman itu.

Beliau berkata gajah seberat tiga tan berusia antara 20 hingga 25 tahun telah menyerang dan membunuh seorang pegawai taman ketika menjalani rawatan pada 11 Disember.



“Doktor haiwan berusaha menyelamatkan gajah itu namun ia mati pada Ahad.

“Ketika memeriksa bangkai gajah itu dengan alat pengesan logam, polis peronda sempadan dari kem Phra Mongkut Klao di Prachuap Khiri Khan menemui lebih 40 peluru di seluruh tubuh haiwan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Media tempatan melaporkan gajah itu menjadi ganas setelah ditembak berkali-kali dalam beberapa pertembungan dengan individu bersenjata.

Perhilitan Kelantan ambil masa lima jam pindah gajah liar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker