GUAN ENG BERSALAH – Demi Kroni Projek Lapangan Terbang Pulau Pinang Gagal

Sudah menjadi perangai buruk DAP sejak azali lagi, mana mungkin mereka akan mengaku setiap kesalahan yang mereka lakukan, sudah pastinya ada orang lain akan dipersalahkan, walaupun  keputusan sesuatu perkara mereka yang putuskan.

Bukan sekali atau  dua, malah sudah beberapa kali  DAP melepaskan tanggungjawab mereka diatas kesilapan keputusan yang mereka buat keatas o0rang lain.

DAP dikenali sebagai sebuah parti yang amat tidak bertanggungjawab dan tidak mahu mengambil tanggungjawab atas satu satu perkara yang melibatkan reputasi mereka.

Tetapi amat berbeza  tindakan mereka apabila pihak lain melakukan kesilapan, mereka akan terus menuding jari dan  menekan pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.

Beberapa patah perkataan wajib dari DAP untuk menyelamatkan diri mereka yang kebiasaannya digunakan diantaranya ialah “ politik balas dendam” Rasis” “Perkauman” untuk mengunci  mulut pihak lain dari mempertikaikan  nkesilapan mereka.,

Hal ini dapat dibuktikan dengan satu projek yang dikendalikan oleh Lim Guan Eng ketika berkuasa satu ketika dahulu.

Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ini adalah satu projek yang telah diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2018 dan dikendalikan sepenuhnya oleh Malaysia Airports Berhad (MAHB). sebelum kekalahan dalam PRU14.

Apa yang berlaku ialah, selepas  kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU 14 dan Guan Eng telah dilantik menjadi Menteri Kewangan secara rasminya telah mengumumkan penswastaan lapangan terbang melalui kaedah REIT

Perkara ini dimuat naik didalam facebook Najib Razak secara terperinci sekali. Apakah bukti yang dipaparkan masih lagi gagal menunjukkan  bahawa Guan Eng dari DAP telah membuat keputusan demi kepentingan krooni mereka?

Berikut adalah paparan dari muka buku Najib Razak:- Najib Razak – Posts | Facebook

Projek pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang oleh Malaysia Airports Berhad diluluskan saya dalam bajet 2018. Masa itu, Guan Eng ucap terima kasih pada saya.

“28 Okt 2017: Penang gov’t overjoyed its international airport to be upgraded”

https://www.nst.com.my/…/penang-govt-overjoyed-its…

Selepas PRU14, Guan Eng umum airport seluruh negara akan diswastakan melalui kaedah REIT.

“5 Nov 2018: Malaysia Airports falls 12% after govt proposed airport REIT”

https://www.theedgemarkets.com/…/malaysia-airports…

Lalu Guan Eng umum projek pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang akan diswastakan melalui Private Financing Initiative (PFI).

Seperti dalam surat dikongsi Wee Ka Siong, MAHB disuruh runding dengan kroni tegar dia yang banyak mendapat projek di Pulau Pinang semasa dia Ketua Menteri termasuk sebahagian daripada projek PTMP bernilai RM46 bilion.

“3 Mac 2019: RM1.2 bil Penang airport expansion to be done via private financing initiative”

https://www.freemalaysiatoday.com/…/rm1-2-bil-penang…/

Sebab itu MAHB tidak dapat mulakan projek pembesaran tersebut untuk berbulan-bulan.

Setelah banyak kali penangguhan, akhirnya MAHB umum mereka akan mulakan projek tersebut pada Suku pertama tahun 2020:

“25 Disember 2019: Expansion works for Penang International Airport to start early next year”

https://www.nst.com.my/…/expansion-works-penang…

Tetapi krisis Covid tercetus pada suku pertama tahun 2020. Sektor penerbangan adalah antara sektor paling terkesan dan masih belum memulih sehingga kini.

MAHB terima tekanan aliran tunai yang besar dan kurang mampu untuk meneruskan projek pembesaran airport.

“29 Mei 2020: Penang airport expansion project delayed” https://www.nst.com.my/…/penang-airport-expansion…

Akhirnya dua hari lepas, Guan Eng buat PC untuk tuduh kerajaan PN dan Wee Ka Siong sengaja nak mangsakan orang Pulau Pinang sebab projek pembesaran airport Pulau Pnang tertangguh.

“7 Januari 2021: PN using weapon called ‘Wee’ to victimise Penangites – Guan Eng”

https://www.malaysiakini.com/news/557970

Sendiri tangguh projek sebab mahu kroni masuk sehingga projek tepaksa tertangguh sekali lagi akibat Covid.

Menurut muka buku Wee Ka Siong :- (Wee Ka Siong | Facebook 

PEMBESARAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG

Projek ini SEBENARNYA telah diluluskan oleh kerajaan BN terdahulu dalam Belanjawan 2018. Malaysia Airports Berhad (MAHB) akan menanggung sepenuhnya kos projek ini.

Erti kata lain, projek sudahpun berjalan sebelum PRU14 lagi.

Namun ianya TERGENDALA apabila Guan Eng mengumumkan projek lapangan terbang-lapangan terbang di Malaysia akan dijalankan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) atau Private Financing Initiative.

GUAN ENG SENDIRI yang umumkan dalam perbahasan Belanjawan 2019 ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.

Susulan itu, projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ditangguhkan sekali lagi apabila Guan Eng suruh MAHB untuk BERUNDING dengan syarikat Ideal Property yang merupakan KAWAN RAPAT Guan Eng (seperti surat yang saya lampirkan) yang banyak mendapat manfaat projek termasuk projek PTMP bernilai RM46 bilion semasa Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Akibat penangguhan atas penangguhan semasa pemerintahan kerajaan PH, maka MAHB tidak berpeluang untuk memulakan projek tersebut.

Malangnya, projek tersebut terpaksa ditangguhkan sekali lagi apabila jumlah pengguna lapangan terbang MENURUN SECARA MENDADAK AKIBAT COVID-19 dan keadaan ini menyebabkan MAHB menerima tekanan aliran wang tunai.

Namun, kerajaan dan saya secara peribadi tidak mempunyai apa-apa halangan jika MAHB ingin teruskan projek tersebut sekiranya sektor penerbangan kembali pulih.

Ini adalah jaminan saya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ketika mengadakan pertemuan di Parlimen pada tahun lepas.

Pesoalannya sekarang mengapa mesti MCA menanggung kesalahan yang dibuat oleh Lim Guan Eng? Ini adalah permainan politik DAP yang cuba menyalahkan orang lain dalam kes yang melibatkan mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker