Hamzah Zainudin positif COVID-19


Datuk Seri Hamzah Zainuddin

12/01/2021 01:18 PM

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin telah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan COVID-19 semalam.

Menurut kenyataan media Kementerian Dalam Negeri hari ini, perkara berkenaan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) awal pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, Hamzah akan menjalani tempoh rawatan dan kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak KKM.

“Sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin itu, Hamzah akan terus memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa.

“Sehubungan itu, semua kontak rapat Hamzah bermula pada 8 Jan sehingga 11 Jan lalu dimohon untuk tampil ke pusat saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan saringan COVID-19 mengikut saranan pihak KKM,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Hamzah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhannya dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan ini.

Hamzah Zainudin, Ismail Sabri antara empat dapat Datuk Seri Panglima Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker