Latihan berpusat secara kuarantin atlet negara akan diteruskan-KBS


Kementerian Belia dan Sukan

KUALA LUMPUR, 11 Jan — Latihan pusat sepenuh masa melibatkan atlet negara yang sedang berjalan ketika ini di beberapa venue sekitar Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan yang menggunakan pendekatan secara kuarantin akan diteruskan dengan kawalan pergerakan yang lebih ketat.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini memaklumkan ia melibatkan venue di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil; Kompleks MSN Taman Keramat; Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara; Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan dan Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan.

Pihak kementerian turut meminta orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi sektor sukan dan rekreasi di kawasan yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).



Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas hari ini memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini.

Pelaksanaan PKP berkenaan melibatkan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah.

Muhyiddin turut mengumumkan PKPB akan dilaksanakan di enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

PKPP pula akan terus dijalankan di Sarawak, manakala negeri Perlis bakal melaksanakan PKPP dan kesemua peraturan berkenaan akan berkuat kuasa bermula dari 13 Jan hingga 26 Jan ini.



Atlet, pegawai terlibat Kem Latihan Pusat ‘Program Road To Tokyo’ akan jalani tiga proses saringan COVID-19

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker