Nazri Aziz wakil rakyat ketiga tarik balik sokongan pada kerajaan PN
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), menjadikan Ahli Parlimen Umno ketiga berbuat demikian.
Beliau menjangkakan akan ada 2 atau 3 lagi ahli Parlimen akan menarik balik sokongan mereka terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub, dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, mengumumkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan Muhyiddin.