Penolong pengarah antara empat individu ditahan SPRM Sabah

11/01/2021 08:55 PM

KOTA KINABALU, 11 Jan — Empat individu termasuk seorang penolong pengarah agensi kerajaan Persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, dipercayai terlibat dalam sindiket pengeluaran sijil untuk kontraktor.

Menurut sumber, sindiket pengeluaran sijil bagi kontraktor seperti sijil pendaftaran untuk kontraktor kerja, bekalan dan perkhidmatan negeri Sabah (PUKONSA), sijil Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), dan sijil taraf Bumiputera, diberikan secara rasuah.

Sumber itu berkata sindiket berkenaan dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu, yang mana pemohon sijil hanya perlu membayar sejumlah wang antara RM500 dan RM1,500, bagi mempercepatkan pengeluaran sijil-sijil tersebut tanpa perlu melalui pemeriksaan serta proses yang sepatutnya.



Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy ketika dihubungi, mengesahkan penahanan empat individu itu dan percaya akan ada lagi beberapa tangkapan susulan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan siasatan kes berkenaan, dan menasihati agar mana-mana pihak khususnya kontraktor yang mempunyai maklumat berhubung isu rasuah untuk mendapatkan sijil-sijil seperti mana yang dinyatakan itu, agar tampil membantu siasatan.

Bekas kontraktor didakwa merompak selepas hadapi tuduhan menipu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker