Rindu Anak & Cucu Sanggup Berjalan Kaki Kerana Tak Cukup Duit

Pihak polis menemukan pasangan warga emas sedang berjalan di lebuhraya, dipercayai dalam perjalanan ke rumah anak mereka untuk menyambut Aidilfitri bersama.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik, polis yang bertugas di lebuhraya Cisumdawu, di Jawa Barat, Indonesia itu melihat datuk dan nenek tersebut sedang berjalan kaki di bahu jalan.

Setelah disoal siasat polis, mereka berdua meluahkan rasa rindu terhadap anak dan cucu sehingga sanggup berjalan kaki dari rumah ke Jatihurip, Sumedang Utara.

Mereka memilih untuk berjalan kaki di lebuhraya kerana tidak cukup wang untuk membayar tambang ke sana.

Pihak polis kemudian mengarahkan pasangan itu untuk berehat dan mengiringi mereka ke perhentian pengangkutan awam.

Dalam pada itu, berdasarkan maklumat, pasangan warga emas tersebut mengalami masalah hilang ingatan. Difahamkan anak dan cucu mereka telah datang menziarahi pasangan itu pada Hari Raya yang lalu.

Sumber: Kompas, Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker