Banjir kini beralih ke Sabah

13/01/2021 03:13 AM

KUALA LUMPUR, 12 Jan — Ketika keadaan banjir di beberapa negeri di Semenanjung menunjukkan tanda-tanda pulih, Sabah pula menghadapi bencana itu.

Hujan lebat sejak Ahad lepas yang memaksa kumpulan mangsa pertama di Negeri di Bawah Bayu itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) semalam dijangka berterusan hingga Khamis ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat itu di Sarawak untuk tempoh sama.



Jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS di negeri itu turut meningkat mendadak kepada 1,765 orang petang tadi.

Negeri-negeri lain menunjukkan perkembangan positif dan setakat hari ini tiada hujan diramal berlaku.

Selepas Perak dan Terengganu pulih sepenuhnya semalam, Kelantan pula dijangka menyusul esok selepas mangsa di negeri itu hanya berbaki 154 orang yang ditempatkan di sebuah PPS iaitu di Rantau Panjang.

Pahang pula walaupun masih kekal dengan jumlah mangsa yang tinggi iaitu seramai 16,373 orang setakat petang ini turut menunjukkan trend menurun sejak semalam.



Begitu juga di Johor dengan jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 3,274 orang setakat ini.

Banjir selatan Thailand: Kematian meningkat kepada 26 orang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker