Pemain badminton India Saina Nehwal, H S Prannoy positif COVID-19

Hebahkan !!!

12/01/2021 05:23 PM

NEW DELHI, 12 Jan — Dua pemain badminton India – Saina Nehwal dan H S Prannoy – disahkan positif COVID-19 di Thailand, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik pegawai pada Selasa.

Kedua-dua pemain dikuarantin di sebuah hospital di Bangkok.

“Dua pemain India – Saina Nehwal dan HS Prannoy – telah disahkan positif COVID-19. Kedua-duanya telah menarik diri dari kejohanan dan perlu dikuarantin minimum 10 hari di hospital,” menurut kenyataan Persatuan Badminton India ( BAI).

BAI mengatakan pihaknya sentiasa berhubung dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pengurusan pasukan, pemain dan penganjur.

Nehwal dan Prannoy dijadualkan menyertai kejohanan Terbuka Thailand pada Selasa.

Ia kali kedua Nehwal dan Prannoy disahkan positif. Kedua-dua mereka menjalani tempoh kuarantin dan diuji negatif sebelum tiba di Bangkok, kata laporan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: