Pesawat penerbangan Arab Saudi mendarat di Qatar

12/01/2021 05:28 PM

DOHA, 12 Jan — Pesawat milik syarikat penerbangan Arab Saudi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Qatar pada Isnin malam buat julung kalinya sejak 2017 selepas kedua-dua negara jiran itu menandatangani perjanjian damai.

“Susulan perjalanan semula antara #Riyadh dan #Doha, @Saudi_Airlines pertama tiba di @HIAQatar petang ini. #SAUDI,” Agensi Anadolu memetik Qatar Airways di Twitter, berkongsi gambar penumpang Arab Saudi.

Ia menambah penerbangan dari bandar Jeddah dan Dammam, Arab Saudi juga akan disambung semula dalam beberapa hari lagi.



Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain juga mengumumkan pesawat penumpang Qatar Airways menggunakan ruang udara mereka.

Minggu lalu, Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir menandatangani perjanjian damai dengan Qatar semasa Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk di kota al-Ula, Saudi.

Arab Saudi lanjutkan larangan penerbangan antarabangsa

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker