Tiz Zaqyah Dinobatkan Pelakon Terbaik Asian Academy Creative Awards

Tiz Zaqyah Dinobatkan Pelakon Terbaik Asian Academy Creative Awards

Tiz Zaqyah Dinobatkan Pelakon Terbaik Asian Academy Creative AwardsMemegang watak wanita ditindas dalam drama ‘Liar’, pelakon Tiz Zaqyah dinobatkan sebagai pelakon terbaik Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) 2023.

Tiz Zaqyah atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Razak berkongsi berita gembira itu di Instagram yang menganggap ia sebagai pengiktirafan buatnya selepas 17 tahun dalam industri.

Dalam drama itu, Tiz menjadi seorang wanita yang lantang bersuara demi menegakkan hak wanita yang ditindas.



Alhamdulillah, kejayaan ini cukup bermakna buat saya dan seluruh pasukan produksi drama bersiri ini.

Drama bersiri ini menarik kerana ia mengetengahkan hak wanita dan semua wanita juga ada hak untuk bersuara bila berlaku penindasan dalam hidup.

Saya berharap drama bersiri Liar ini akan memberi inspirasi dan motivasi kepada penonton.

Tiz yang memegang watak Lara Sulaiman itu turut berjaya melakonkan babak mangsa rogol yang sangat mencabar.



Watak Lara sangat mencabar kerana sebagai wanita menjadi mangsa rogol adalah sangat sensitif. Saya juga banyak bermain emosi dan berperang dengan masalah kesihatan mental untuk menjiwai watak terbabit.

Tahniah Ohmedia ucapkan buat Tiz Zaqyah dan semestinya penganugerahan ini akan membuatkan lebih ramai lagi pelakon negara kita jadi bersemangat untuk buktikan pada dunia kemampuan kita.

Kredit: Harian Metro

Tiz Zaqyah Dinobatkan Pelakon Terbaik Asian Academy Creative Awards

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading