“SEOLAH-OLAH TAHU SEMUA YANG TERJADI ANTARA SAYA & SYAMSUL” – PUTERI SARAH

“Nama akaun berbeza-beza, cara dia komen dan gaya bahasa digunakan sama. Malah, seolah-olah tahu semua perkara yang terjadi antara saya dan Syamsul. Sedangkan saya tidak pernah kongsi kepada umum isu dalaman kami.

“Kami sekarang sudah tutup buku lama. Tahun ini adalah tahun baru untuk kami baiki hubungan. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Jika dengan cara ini individu di sebalik akaun itu mahu menjatuhkan saya, ia tidak akan berlaku,” demikian kata pelakon Puetri Sarah Liyana.

Nama wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar tiba-tiba menjadi perbualan dalam kalangan pengikut Instagram Puteri Sarah. Ia bermula selepas muncul komen seorang pengguna akaun @nur.afifah53 yang mempersoalkan penampilan Puteri Sarah meniru Ira Kazar.

Malah, menerusi tinjaun di Instagram Puteri Sarah, komen yang ditulis pengguna akaun itu membuat persoalan adakah Ira merampas suami Puteri Sarah iaitu pengarah, Syamsul Yusof.

Klik untuk gambar besar

Puteri Sarah atau mesra disapa Sarah ketika dihubungi berkata, dia sudah banyak kali mendapat komen dan mesej peribadi (DM) daripada individu tidak dikenali dengan menggunakan akaun berbeza.

Terdahulu, Sarah tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu yang melakukan provokasi dan memanipulasi isu masalah rumah tangganya dengan suami, Syamsul Yusof.

Sarah berkata, dia banyak menerima mesej sedemikian serta ugutan di Instagram tetapi enggan melayannya. Dalam laporan sama, Sarah berkata, dia terkilan apabila masalah rumah tangganya terus diganggu pihak tidak bertanggungjawab dan dimanipulasikan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *