Bukit Pasir bukan kubu kuat Perikatan Nasional

Dun N08 Bukit Pasir bukanlah kubu kuat untuk Perikatan Nasional menurut calon BN Ir Ts Mohamad Fazli Mohamad Salleh yang juga Ketua Pemuda UMNO Pagoh.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media sebelum memulakan siri kempen selepas penamaan calon.

Fazli memberitahu penerimaan pengundi kepada Bn semakin baik di Bukit Pasir dan anak muda sudah mula kembali ke pangkuan BN walau bermula agak perlahan.

Beliau berkata hikmah terbesar yang kini berlaku ialah pengundi boleh menilai semula undi mereka selepas membuat perbandingan pemerintahan 3 kerajaan di Johor. 



Bagi Fazli, apa yang penting sekarang ialah meraikan demokrasi dalam memilih pihak terbaik bagi mewakili suara pengundi di Dewan Undangan Negeri Johor kelak.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker