AMENG BERSYUKUR MASIH DIBERI PELUANG – MULA KENAL HURUF AL-QURAN DI USIA 42
“Alhamdulillah saya diberi peluang dan ruang oleh Allah S.W.T untuk saya mencintai Al-Quran. Di umur 42 tahun, saya mula mengenal huruf-huruf Al-Quran dan di saat itu saya berazam untuk menjadikan Al-Quran sahabat karib saya dan berazam untuk mempelajari ilmu / bacaan Al-Quran.
“Kalau saya boleh menghafal lirik-lirik lagu… tak akan saya tak cuba untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Saya tekad… Insya-Allah setiap niat baik kita kalau kita bersungguh-sungguh… Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan.
“Semoga segala amalan kita diterima NYA. Jadikan Al-Quran naskah wajib yang kita baca setiap hari. Jangan tinggalkan,” coret penyanyi Ameng Spring yang meluahkan rasa syukur kerana masih diebri peluang untuk belajar mengaji dan mengenali huruf-huruf Al-Quran meskipun sudah berusia 42 tahun.
Klik untuk gambar besar
Ameng mendedahkan perkara tersebut menerusi satu posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Menurut Ameng, dia kini berazam untuk mempelajari ilmu dan bacaan selain cuba menghafal Al-Quran.
Terdahulu, Ameng sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk membuka kelas mengaji Al-Quran. Ameng juga turut berkongsi bacaan Al-Quran di laman Youtube miliknya.