Ibu Neelofa batalkan paten cap dagang Harimau Menangis

Hebahkan !!!


Neelofa dan Noor Kartini.

PETALING JAYA – Selepas mengundang kemarahan banyak pihak, pengasas Noor Khan Enterprise, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga ibu kepada selebriti terkenal Neelofa mengambil keputusan membatalkan paten cap dagangan Harimau Menangis seperti yang didaftarkannya pada November lalu.

Menerusi sidang media secara virtual sebentar tadi, Noor Kartini membuat keputusan untuk secepat mungkin membatalkan permohonan tersebut untuk kebaikan semua.

“Saya tiada niat untuk tutup pintu rezeki siapa-siapa dalam hal ini. Jadi saya ambil keputusan batalkan pendaftaran paten daging Harimau Menangis yang diusahakan ini.

“Niat saya cuma satu iaitu untuk melindungi ejen-ejen bawah kendalian saya supaya tidak terlibat dengan produk tiruan yang menggunakan bungkusan serta tulisan sama di pasaran,” katanya dalam nada sedikit sebak.

Dalam pada itu, Noor Kartini meminta agar isu berkenaan tidak dipanjangkan atau diperbesar-besarkan.

Semalam, keluarga Neelofa sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai selepas tular sekeping gambar yang memaparkan pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) Daging Harimau Menangis.

Difahamkan, Noor Kartini mempatenkan cap dagangan Harimau Menangis menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Semalam, MyIPO menerusi Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, pihaknya menerima permohonan daripada Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis pada bulan November tahun lalu namun permohonan tersebut masih lagi dalam peringkat penelitian. – K! ONLINE

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: