Anwar pencen politik, Rafizi bakal tamatkan legasi

Presiden PARTI KEADILAN RAKYAT, Anwar Ibrahim sudah boleh memikirkan untuk pencen dari politik. Rafizi Ramli bakal tamatkan legasi Anwar dalam PKR selepas dikhabarkan memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Boleh dikatakan, hampir semua calon pro-Anwar kalah dalam pemilihan kali ini. Artis yang mempertaruhkan imej mereka untuk jawatan PKR juga kalah.

 

 

Lebih mengejutkan, kekalahan Farhash Wafa Salvador, yang berdepan dengan Menteri Besar Selangor turut kalah. Secara tidak langsung, perwakilan kali ini telah memberi isyarat kepada Anwar, masa beliau sebagai Presiden sudah berlalu.

ANWAR PERLU BERI LALUAN ‘MUKA BARU’ POLITIK PKR

Tiba masanya PKR membuka ruang kepada yang benar-benar mampu membawa haluan serta arah tuju baru parti tersebut dalam politik Malaysia. 



Anwar Ibrahim, nama besar dalam politik Malaysia sinonim dengan frasa “i have the numbers”, kini perlu sedar beliau bukan lagi pemain utama politik yang mampu menggegarkan. Sudah tiada lagi jeritan reformasi seperti mulanya tertubuh Parti Keadilan selepas beliau dipecat Mahathir atas dakwaan salah laku seks.

 

 

Sinar Anwar semakin malap selepas Mahathir berjaya mempengaruhi PKR untuk membenarkan gabungan BERSATU, AMANAH dan DAP menggunakan lambang PKR semasa PRU14.

Krisis perebutan kuasa dan peralihan kuasa Mahathir-Anwar yang dinafikan memberi impak besar terhadap imej PKR itu sendiri. 

 

KALAH 2 PRN, ANWAR HILANG CENGKAMAN PENGARUH TERHADAP RAKYAT

Walau kini, Anwar merupakan Ketua Pembangkang, beliau tampak begitu lemah mengemudi Pakatan Harapan apabila PH kalah dalam 2 Pilihanraya Negeri.



Apa lagi yang Anwar cari dalam politik Malaysia? Jika mahu menjadi seperti Mahathir yang masih gigih berpolitik, tidak menjadi kesalahan tetapi pentas utama beliau kini bukan lagi miliknya.

Selepas ini, dipercayai Rafizi akan menjadi sinar baru dalam PKR menenggelamkan Anwar Ibrahim seterusnya memadamkan sinar karier politik Presiden PKR.

Jangan terkejut, dalam tempoh 2 tahun akan datang mungkin Rafizi menjadi Presiden PKR yang baru disamping kehadiran semula Nurul Izzah sebagai Timbalannya.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker