Pence bantah usul singkir Trump, gugat kestabilan negara

WASHINGTON, 13 Jan — Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence dalam sepucuk surat diutus kepada Speaker Nancy Pelosi, mendesak supaya tidak meneruskan tindakan undang-undang untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump kerana berisiko menggugat kestabilan negara, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Saya gesa anda dan setiap anggota Kongres supaya hindari tindakan yang boleh cetuskan perpecahan dan gugat kesabaran.

“Ayuh bekerja bersama kami untuk redakan keadaan dan satukan negara ketika kita sedang melakukan persiapan pelantikan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat.

“Saya berjanji akan terus laksanakan peranan saya bersama pentadbiran baharu bagi memastikan peralihan kuasa yang teratur,” ujar Pence pada Selasa.



Surat berkenaan didedahkan ketika Dewan membahaskan untuk mengadakan undian dan Pence menyifatkan tindakan itu boleh mewujudkan duluan terburuk.

Dewan Perwakilan AS gesa Pence singkir Trump

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker