Permohonan Mansuh Bil TNB, Lulus Atau Tidak?

Mohon Mansuh Bil Tertunggak Dan Bil Penggunaan Elektrik, Apa Jawapan TNB?

TNB

 

TNB

Tular dalam whatsapp sepucuk surat dari Pejabat Perdana Menteri bertarikh 16 Disember 2020 kepada Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) memohon bantuan memansuhkan bil elektrik serta bil tertunggak TNB satu akaun yang disertakan. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan surat ini samada betul atau palsu dan pihak TNB sewajarnya menjelaskan kebenarannya.

TNB

Adakah benar surat ini wujud kerana salinan surat ini telah tular dalam aplikasi Whatsapp dan dipersoalkan netizen bagaimana sebuah Koperasi boleh memohon sedemikian. Mungkinkah ada unsur campurtangan politik sekiranya permohonan tersebut diluluskan?

Apa pula penjelasan TNB terhadap surat ini? Jika benar permohonan ini dibuat tidakkah akan menjadi beban kepada TNB memandangkan mereka akan hilang satu akaun yang digunakan?

Shamsul Anuar Nasarah

Dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPB (Bersyarat), PKPD (Diperketatkan) dan PKPP (Pemulihan) jelas rakyat masih tetap perlu membayar penggunaan elektrik walau diberikan diskaun dan pelepasan khas oleh TNB serta jaminan tiada pemotongan bekalan elektrik dilakukan. Bagaimana pula dengan permohonan seperti tertera ini? Adakah TNB akan menuruti permohonan dan akur dengan permintaan?

Mungkin TNB boleh memberi penjelasan terperinci agar tiada kekeliruan wujud serta menimbulkan rasa tidak puashati rakyat.

TNB tutup 91 pencawang akibat banjir di Pahang dan Johor

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker