China nafi khabar angin mengenai Xinjiang 

Hebahkan !!!

13/01/2021 03:00 PM

BEIJING, 13 Jan — China menafikan khabar angin mengenai apa yang disebut ‘pemantauan secara besar-besaran, tindakan bekerja secara paksa serta kewujudan genosid’ di Wilayah Autonomi Xinjiang.

Naib Ketua Jabatan Penerangan Wilayah Xinjiang, Xu Guixiang dalam satu sidang media pada Isnin berkata tuduhan itu mencabuli Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain menyifatkan tindakan tersebut sebagai fitnah terhadap Xinjiang dan cuba mencampuri urusan dalaman China.

Sementara itu, Xu turut menepis desas-desus itu dengan menyatakan jumlah populasi etnik Uygur meningkat 25.04 peratus daripada 10.171 juta orang pada 2010 kepada 12.718 juta pada 2018, iaitu lebih pesat berbanding peningkatan populasi etnik lain di negara ini.

Tegas Xu, rakyat China bebas menentukan dalam isu dan kaedah mencegah kehamilan sekali gus menepis dakwaan wujudnya “pencegahan hamil secara paksa” di negara ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: