Remaja Rohingya maut terkena letupan bom mortar Myanmar

Remaja Rohingya maut terkena letupan bom mortar Myanmar

Remaja Rohingya maut terkena letupan bom mortar Myanmar

DHAKA: Seorang remaja Rohingya terbunuh dan sekurang-kurangnya enam lagi cedera apabila peluru mortar yang dilepaskan dari Myanmar, meletup di Bangladesh.

Lapor Al Jazeera, pemimpin Rohingya, Dil Mohammed berkata, remaja itu terbunuh di suatu lokasi di sempadan Myanmar-Bangladesh yang dianggarkan didiami 4,000 penduduk Rohingya.

“Kami tinggal dalam ketakutan berterusan. Bila-bila masa sahaja sebarang malapetaka boleh berlaku,” katanya.

Media tempatan melaporkan orang ramai di kawasan itu mendakwa lima bom mortar ditembak dari wilayah Myanmar dan tiga meletup kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan) semalam.

Akhbar The Daily Star melaporkan mangsa dikenali sebagai Iqbal Hossain Bari dan berusia 18 tahun.

Jelas laporan itu, empat warga Bangladesh turut mengalami kecederaan.

Sementara itu, pegawai kerajaan Bangladesh dan pegawai pengawal sempadan, berkata, pihaknya akan mengemukakan bantahan kepada Myanmar berhubung insiden berlaku di negara itu.

Lebih sejuta penduduk Rohingya tinggal di kem di selatan Bangladesh yang terdiri daripada penempatan pelarian terbesar di dunia, dengan sebahagian besarnya melarikan diri dari Myanmar ketika tindakan keras tentera pada 2017.

Penduduk Rohingya juga terperangkap dalam pertempuran antara tentera Myanmar dan Arakan.

Awal bulan ini, kerajaan Bangladesh menyuarakan kebimbangan terhadap peluru mortar yang jatuh di negaranya dan `tembakan udara di kawasan sempadan dan pelanggaran ruang udara dari Myanmar’.

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

Remaja Rohingya maut terkena letupan bom mortar Myanmar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

Akar Umbi Mahu Presiden Bertindak Tegas Terhadap Kluster Pengkhianat Dalam Mesyuarat MKT UMNO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker