Bantuan tunai kepada 35 juta rakyat Thailand

14/01/2021 06:11 PM

BANGKOK, 14 Jan — Menteri Kewangan Thailand Arkhom Termpittayapaisith berkata program bantuan tunai baharu dikenali “Rao Chana” (Kami Menang) akan melibatkan kira-kira 30 hingga 35 juta rakyat yang terjejas COVID-19, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Rakyat berpendapatan rendah yang terlibat dengan program subsidi pembayaran bersama layak menerima bantuan itu yang akan dibayar melalui e-dompet.



Kumpulan lain yang layak akan menerimanya melalui sistem PromptPay mulai bulan ini sehingga Februari.

Program itu juga melibatkan pemegang kad kebajikan kerajaan, peniaga berpendapatan rendah, penghantar makanan dan penunggang teksi motosikal.

Menurut Arkhom, pegawai kerajaan, pegawai syarikat negeri dan pekerja dalam sistem jaminan sosial tidak termasuk di bawah program itu.

Menerusi program itu, kerajaan akan memberi bantuan tunai 3,500 baht (RM471) sebulan selama dua bulan.



Waspada e-mel, mesej tuntut hadiah berupa wang tunai – MCMC

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button