Cheah, Kisona raih pengalaman berharga di Terbuka Thailand Yonex


Soniia Cheah

14/01/2021 12:35 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Walaupun tewas dalam pusingan pembukaan Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Yonex di Impact Arena, Bangkok semalam, pemain wanita nombor satu negara Soniia Cheah menyifatkannya sebagai pengalaman berharga yang akan membantu meningkatkan prestasinya.

Menurut pemenang pingat perak acara beregu campuran Sukan Komanwel Gold Coast 2018 itu, kekalahan 15-21 dan 12-21 kepada pemain pilihan ketujuh An Se Young dari Korea Selatan menjadi pengajaran terbaik dalam persiapan beliau menghadapi Terbuka Thailand Toyota yang dijadualkan dari 19 hingga 24 Jan di venue sama.



“Lawan saya berupaya mengawal rentak permainannya dengan baik dan saya pula agak gementar kerana itu merupakan perlawanan pertama saya (setelah lama tidak bermain disebabkan penularan COVID-19), tetapi saya berharap dapat memperoleh semula rentak saya pada kejohanan seterusnya,” kata Cheah yang dipetik daripada rakaman temu bual selepas perlawanan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Rakaman video itu dikongsikan dengan Bernama.

Berkongsi pandangan serupa, rakan sepasukannya S. Kisona yang turut tersingkir pada pusingan awal, gembira diberi peluang bermain dalam kejohanan itu selepas pemain Thailand Nitchaon Jindapol menarik diri akibat kecederaan.

Impian Kisona ke Olimpik bermula sejak berusia 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button