Kami akan bangkit semula – Ten Hag

London: Kekalahan yang memalukan apabila dibelasah Liverpool 0-7 adalah satu realiti yang kejam yang perlu ditelan Manchester United ketika peningkatan era Erik Ten Hag namun pengurus itu menggesa pemainnya untuk bangkit semula minggu ini.

Hanya seminggu selepas memenangi trofi pertama mereka selepas enam tahun, United dimalukan oleh barisan pemain Klopp yang mengganas meledak enam gol pada babak kedua di Anfield.

Barisan Ten Hag yang berkunjung ke tempat seteru utama mereka dengan rekod satu kekalahan dari 22 perlawanan hadir dengan kejayaan menewaskan Newcastle untuk menjuarai Piala Liga di Wembley.

Mereka juga hadir dengan rekod kemenangan menewaskan Barcelona di Liga Europa yang kini berusaha untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).



Namun akhirnya mereka tewas di Anfield dengan rekod kekalahan memalukan dalam sejarah mereka yang pernah bergelar juara Inggeris sebanyak 20 kali.

Kekalahan itu menyaksikan United kini 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal dan sembilan mata di belakang Manchester City di kedudukan kedua.

Bertindak atas kekalahan itu Ten Hag menyifatkan pemainnya sebagai ‘tidak profesional’ dan persembahan ‘yang tidak dapat diterima’.

Ia jelas menunjukkan banyak kerja yang perlu dilakukan oleh pengendali dari Belanda itu untuk membina semula sebuah kelab yang belum memenangi kejuaraan EPL sejak 2013 biarpun dia membuktikan adanya kemajuan yang tidak dapat disangkal musim ini.



United sebelum ini sudahpun tewas 3-6 kepada Manchester City serta tewas 0-4 di Brentford.

Namun Ten Hag menggunakan kekalahan memalukan di Anfield untuk menggesa pasukannya menjadikan ia sebagai motivasi sepanjang musim ini bermula dengan pusingan pertama 16 terbaik Liga Europa melayan Real Betis.

“Melihat pada masa lalu, kami dapat bangkit semula – selepas kekalahan kepada Brentford, dan kemudiannya Manchester City,” katanya.

“Ini pastinya satu perkara yang tidak boleh diterima. Saya sangat kecewa dan marah mengenainya.

“Ia adalah satu tanda amaran. Kami perlu mengambilnya dengan serius.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker