Tersedar kena tipu selepas setahun melabur

Oleh – Syeikh Baran


Tersedar kena tipu selepas setahun melabur
Gambar Hiasan

Seorang pesara pengurus sebuah syarikat swasta rugi lebih setengah juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud secara atas talian lebih setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Hatta Che Din berkata, wanita berkenaan tampil membuat laporan semalam membabitkan kerugian berjumlah RM512,200.

Menurutnya, mangsa telah berurusan melalui aplikasi whatsApp dengan seorang individu yang tidak dikenali dan telah menyertai pelaburan secara atas talian serta membuat pindahan wang sebanyak 16 kali transaksi.



“Transaksi menggunakan wang milik mangsa sendiri telah dibuat bermula dari 10 Disember 2022 sehingga 14 Januari lalu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Ujar beliau lagi kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.

Justeru itu menurut beliau, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada pihak yang menawarkan pelaburan secara atas talian dengan keuntungan yang tinggi dan adalah dinasihatkan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelak dari menjadi mangsa penipuan.

“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker