ISU DAGING ‘HARIMAU MENANGIS’ – NOOR KARTINI MOHON MAAF, TARIK BALIK ‘TRADEMARK’

Semua mengetahui mengenai isu yang kecoh dan tular di media sosial baru-baru ini membabitkan ibu kepada pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berhubung ‘trademark’ nama ‘Harimau Menangis’.

Insiden ini terjadi selepas seorang individu telah memuat naik satu rakaman video yang memaparkan perbualan Kartini mengenai jenama perusahaan makanan miliknya, ‘Daging Harimau Menangis by Aunty Tini Kitchen’.

Berikutan perkara tersebut, Kartini selaku pemilik jenama berkenaan telah tampil memohon maaf kepada semua pihak menerusi satu sidang media secara ‘virtual’, hari ini, yang dimuat naik di laman Instagram.

Kartini menjelaskan bahawa dia nekad menarik balik permohonan nama tersebut daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Jelas wanita itu, dia sedar akan kekhilafan yang telah dilakukannya selain berharap agar keputusannya itu dapat meredakan isu tersebut daripada menjadi bualan ramai.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Asalamualaikum semua, saya ingin berterima kasih kepada sahabat media yang sudi meluangkan sedikit masa hari ini berkenaan isu daging harimau menagis yang sedang tular di media sosial.

“Saya ingin memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah terjadi dan saya berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakaan keadaan.

“Untuk maklumat semua, saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama Harimau Menangis dengan secepat yang mungkin. Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan dan juga untuk melindugi ejen-ejen jualan kami dari masalah produk tiruan,” tuturnya.

Image_3.jpg

Malah beliau turut menegaskan bahawa dia tidak mempunyai niat langsung untuk menutup periuk nasi sesiapa terutamanya sesiapa yang berniaga produk daging ‘arimau Menangis’ itu.

“Sesunguhnya, tiada niat saya untuk menutup pintu rezeki sesiapa dan saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya dari Allah SWT. Dengan penjelasan ini saya harap isu ini telah selesai dan tidak perlu lagi dipanjangkan.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua sepanjang tempoh PKP ini. Stay safe dan terima kasih,” katanya.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Ibu Neelofa batalkan paten cap dagang Harimau Menangis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker