Jepun gantung skim benar warga asing masuk untuk tujuan perniagaan

14/01/2021 01:01 PM

TOKYO, 14 Jan — Jepun pada Rabu memutuskan untuk menggantung sepenuhnya skim yang membenarkan warga asing dari 11 negara termasuk China dan Korea Selatan memasuki Jepun untuk tujuan perniagaan dan lain-lain, lapor Jiji Press.

Penangguhan itu berkuat kuasa sehingga 7 Februari.

Awalnya, kerajaan merancang mengekalkan skim itu kecuali untuk negara yang melaporkan kes varian baharu COVID-19.

Berikutan tekanan diterima daripada pelbagai pihak, kerajaan mengambil keputusan untuk mengetatkan kawalan sempadan.

“Kami memandang berat situasi semasa yang membuatkan masyarakat semakin tidak selesa. Kami memutuskan (mengenai penangguhan itu) memandangkan perlunya menyekat semua risiko sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Perdana Menteri Yoshihide Suga pada sidang media.

Beliau menafikan keputusan itu lambat dibuat kerana Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo yang dijadualkan diadakan pada musim panas selepas setahun penangguhan.

Mesyuarat Parti Liberal Demokrat yang diadakan pada Selasa, rata-rata ahli mendesak kerajaan menggantung skim itu dan mahu ia dikaji semula.

Dalam sebuah program televisyen pada Jumaat lalu, Suga berkata skim itu dibenarkan hanya kepada rakyat asing dari negara berisiko rendah dan ditangguhkan untuk negara yang mempunyai kes varian baharu.

Thailand gantung operasi sebuah stesen TV dalam talian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker