Kes kematian, jangkitan COVID-19 terus meningkat di negara Arab

15/01/2021 12:47 PM

ISTANBUL, 15 Jan — Iraq, Palestin, Kuwait dan Qatar pada Khamis masing-masing mengumumkan peningkatan kes jangkitan dan kematian COVID-19, lapor Agensi Anadolu.

Di Iraq, tujuh meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan korban sebanyak 12,922 orang manakala 770 jangkitan baharu dilaporkan dengan keseluruhan kes meningkat kepada 606,186. Sebanyak 564,359 pemulihan direkodkan.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Palestin berkata tujuh lagi kematian dan 736 kes baharu dilaporkan.

Di wilayah Palestin dengan penduduk sekitar lima juta (Tebing Barat, Gaza, Baitulmaqdis Timur), jumlah kes mencecah 169,388, sementara terdapat 1,821 kematian dan 153,774 pesakit pulih.

Kementerian Kesihatan Kuwait pula merekodkan 560 kes baharu dan 252 pemulihan. Jumlah kematian akibat COVID-19 di negara ini sebanyak 946.

Di Qatar, 209 jangkitan baharu disahkan menjadikan jumlah kes meningkat kepada 146,689 di samping 246 kematian.

Wabak COVID-19 telah meragut lebih 1.98 juta nyawa di 191 negara dan wilayah sejak Disember lalu.

Lebih 92.7 juta kes dilaporkan di seluruh dunia dengan lebih 51.1 juta pemulihan, menurut data Johns Hopkins University.

Arab Saudi lanjutkan larangan penerbangan antarabangsa

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker