De Bruyne gembira Guardiola sambung kontrak

London: Kevin De Bruyne berjanji untuk melakar lebih banyak kegemilangan di Manchester City selepas Pep Guardiola memperbaharui kontraknya.

Guardiola menandatangani kontrak lanjutan dua tahun lalu ketika Piala Dunia sedang berlangsung dan kini memburu gelaran Liga Perdana Inggeris kelima musim ini dengan City kini ketinggalan lima mata daripada pendahulu Arsenal sebelum saingan liga bersambung semula.

De Bruyne salah seorang dari lima kapten City yang dipilih, percaya komitmen pengurus itu kini boleh memberi inspirasi kepada juara bertahan itu untuk terus menjulang piala.

“Ia adalah berita baik untuk didengar semasa kami tiada,” kata pemain berusia 31 tahun itu.

“Pep sudah melakukan begitu banyak untuk kelab dan saya pasti dia akan terus melakukannya.

Dengan memakai pakaian Santa berwarna biru, De Bruyne mengejutkan kanak-kanak di acara City in the Community apabila kelab itu menderma £190,000 (RM1.1 juta) sempena perayaan Krismas sebagai sebahagian daripada kempen ‘A Time for Giving’ mereka.

Beberapa pemain bintang termasuk Erling Haaland dan Riyad Mahrez turut meluangkan masa bersama pesakit di hospital tempatan, lawatan pemain yang pertama sempena perayaan sejak pandemik covid-19 dengan 1,600 hadiah diserahkan kepada anak-anak di Hospital Kanak-kanak Diraja Manchester.

Pemain yang hadir pada acara itu akan diturunkan dalam skuad City melawan Liverpool pada pusingan keempat Piala Liga awal pagi esok biarpun De Bruyne mengakui dia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri selepas Piala Dunia.

“Kami perlu menyesuaikan diri dengan keadaan,” tambahnya.

“Apabila saya kembali berlatih minggu lalu terdapat beberapa pemain senior, jadi ia adalah satu situasi yang pelik. Kami jelas akan cuba memenangi perlawanan menentang pasukan yang sukar.

“Ia satu yang berbeza tapi kami hanya perlu bersedia.

“Ia satu cabaran yang berbeza dari segi fizikal dan mental tetapi saya pasti kami sudah bersedia untuk separuh kedua musim ini.

“Kami akan melakukan segalanya yang kami mampu untuk mencuba mendapatkan kembali rentak dan memastikan kami mempamerkan persembahan yang baik.”

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker