Pilihan Raya Parlimen Bulgaria ditetapkan 4 April


Rumen Radev. (Photo: Bernd von Jutrczenka/dpa)

15/01/2021 01:23 PM

SOFIA (Bulgaria), 15 Jan — Presiden Bulgaria Rumen Radev pada Khamis mengumumkan pilihan raya parlimen akan diadakan 4 April, lapor Agensi Anadolu.

Dalam ucapannya Radev berkata sudah menandatangani dekri mengenai tarikh pilihan raya itu.

“Sejak tahun lalu rakyat Bulgaria menuntut perubahan untuk mengembalikan semula demokrasi di negara ini secepat mungkin,” katanya mengulas mengenai protes yang melanda negara itu.

“Saya mendukung tuntutan ini,” tambah beliau.

Radev dilaporkan menentang keras pemerintahan diterajui Perdana Menteri Boyko Borisov dan menyifatkan negara kini berada dalam krisis, pembaharuan perlu dilakukan ke arah pemodenan serta mewujudkan parlimen dan pemerintahan yang dihormati semua rakyat.

Justeru, Radev berkata penting untuk memastikan peraturan pilihan raya yang benar-benar berkesan termasuk pengundian mengundi secara dalam talian, pos dan peti undi mudah alih untuk mereka yang menjalani kuarantin.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker