SEKALI LAFAZ – ANAK FATIMAH ABU BAKAR, SHARIFAH ARYANA SAH BERGELAR ISTERI

Pada pukul 2.30 petang tadi, anak kepada Fatimah Abu Bakar iaitu Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid kini telah sah bergelar isteri dengan sekali lafaz. Aryana telah memilih Jad Hanif Jimmy sebagai suaminya.

Dalam majlis pernikahan yang diadakan serba ringkas itu menyaksikan Aryana atau panggilan mesranya Yana diwalikan oleh bapanya, Syed Zainal Rashid dengan disaksikan secara atas talian oleh Iman Ustaz Mohd Khairil Nizam.

Majlis akad nikah tersebut dilakukan secara atas talian bersama dengan ahli keluarga Jad di Kuching, Sarawak, ahli keluarga lainnya dan sahabat handai.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saling bersabar antara satu sama lain sebagai suami isteri dan sentiasalah menjaga perkahwinan. Pesanan ini bukan untuk Yana sahaja tapi kesemuanya yang lain.

“Hanya tinggal yang ni sorang (sambil menunjukkan pada Sharifah Amani) dan kalau ada cadangan siapa-siapa, boleh ajukan,” nasihat dan seloroh Syed Zainal Rashid pada Yana dan kepada tetamu-tetamu yang turut menyaksikan melalui aplikasi Zoom.



Difahamkan, Yana mengambil keputusan untuk meneruskan acara akad nikah yang telah dirancang sejak lama, biarpun terpaksa melakukanya secara atas talian.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg



Image_6.jpg

Image_7.jpg

SEKALI LAFAZ – AYDA JEBAT KINI ISTERI NABIL MAHIR



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button