Lelaki pertikai saman lampu brek ketiga

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki pertikai saman lampu brek ketiga
Hantaran individu tersebut yang tular di laman sosial hari ini.

Tular satu hantaran di media sosial Facebook hari ini berkenaan seorang individu yang disaman pihak penguatkuasa kerana didapati tidak mempunyai lampu brek ketiga di cermin belakang kereta Proton Waja miliknya.

Hantaran tersebut menjelaskan, pihak penguatkuasa itu telah mengeluarkan satu perintah saman untuk diselesaikan individu tersebut pada 25 Februari nanti dengan arahan untuk meletakkan lampu brek ketiga di bahagian cermin belakang keretanya.

Namun jelas individu itu, kereta jenis Proton Waja sudah mempunyai lampu brek ketiga sedia ada (build in) di bonet.

“Adakah perlu panggil semua kereta Proton Waja selepas ini kerana tiada lampu brek ketiga di cermin belakang?” soal lelaki terbabit.

Kejadian yang dilaporkan berlaku dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Wakaf Licong, Pasir Putih, Kelantan itu turut mendapat reaksi orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan pegawai penguatkuasa itu.

“Mungkin dia pegawai baru, tapi masalahnya Proton Waja ni bukanlah kereta lama sangat. Masih banyak lagi di jalan raya. Macamana boleh jadi pegawai pengutkuasa kalau tidak tahu jenis kereta,” ujar Haslan Hashim.

“Pelik juga, dah Proton Waja sah-sah dah ada lampu brek dekat bonet belakang tu, tak kan lah nak dipanggil semua jenama tu untuk diletakkan brek ketiga di cermin belakang pula,” kata Abd Aziz Talhah.

“Harap abang ni selesai cara baik di mahkamah nanti, biar penguatkuasa tu celik sikit. Kadang mereka ni pun pening, masalahnya memang Proton Waja dah diletakkan lampu brek ketiga asal kilang lagi di bonet belakang,” ujar Faisal Azhar.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker