Sultan Ibrahim namakan semula ‘Johor Cricket Academy & Oval’ sempena mendiang Dr Harjit


Sultan Johor Sultan Ibrahim almarhum Sultan Iskandar

14/01/2021 07:21 PM

JOHOR BAHRU, 14 Jan — Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menamakan semula Johor Cricket Academy & Oval di Mutiara Rini dekat sini kepada Dato’ Dr Harjit Singh Johor Cricket Academy & Oval.

Menurut hantaran dalam laman Facebook rasmi baginda dengan disertakan beberapa gambar, langkah itu sebagai menghargai jasa mendiang Dr Harjit sebagai tokoh yang banyak menyumbang dalam pembangunan sukan kriket di Malaysia dan Johor.



Sementara itu, Pemangku Presiden Majlis Kriket Johor Datuk Avinderjit Singh menyambut baik perkara berkenaan.

Beliau berkata Majlis Kriket Johor menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Ibrahim atas perkenan baginda mengabadikan nama mendiang Dr Harjit di akademi berkenaan.

“Beliau (Dr Harjit) adalah individu yang cukup berjasa kepada pembangunan sukan kriket dan kami semua akan sentiasa mengenang dan merinduinya,” kata Avinderjit.

Dr Harjit, 70, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 20 Okt tahun lepas.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker